Posted by : Unknown
Rabu, 11 Desember 2013
Byakugan
Byakugan (白眼 Mata Putih?) juga dikenali
sebagai "Mata Putih Penglihatan Telus" merupakan satu bentuk Kekkei Genkai, sejenis susur genetik yang dikongsi oleh kalangan ninja dari klan Hyuga. Ninja yang memiliki susur genetik klan
Hyuga ini rata-rata memiliki mata berwarna putih. Walaupun tidak dinyatakan
secara nyata, boleh dianggap bahawa semua anggota klan Hyuga memiliki Byakugan.
Adalah kebiasaan, Sharingan milik klan Uchiha merupakan perwarisan daripada pendarahan klan Hyuga yang memiliki
Byakugan.
Kemampuan
Byakugan merupakan fokus utama terhadap kemampuan anggota klan Hyuga.
apabila Byakugan diaktifkan, anak mata mereka akan menjadi lebih pudar dan akan
tertonjol urat-urat berselirat dari sisi pelipis mata mereka.
Byakugan mampu melihat sehingga hampir 360º,
namun masih terdapat titik buta penglihatan di belakangnya.
Kemampuan pertama Byakugan adalah ia membenarkan penggunanya memiliki
penglihatan yang hampir 360º, kecuali sudut satu titik buta di belakang
bahagian ketiga tulang tunjang mereka (leher).
Kemampuan kedua Byakugan adalah keupayaannya untuk melihat secara pandang
telus sesuatu objek pejal serta memberikan tahap pemfokusan yang berperingkat.
Kemampuan pemfokusan secara berperingkat ini berbeda dari seorang pengguna
Byakugan kepada pengguna yang lain.
Bagaimanapun, kemampuan ketiga merupakan kemampuan terhebat yang dimiliki
oleh Byakugan iaitu kemampuan untuk melihat kepulan chakura dan peredaran
sistem chakura dalam tubuh seseorang. Melalui kemampuan inilah, membuatkan
mereka mampu menggunakan teknik Taijutsu terhebat mereka untuk menewaskan pihak
lawan; "Taijutsu Lembut" (柔拳, Jūken). Tidak
seperti Taijutsu Keras yang mengakibatkan kecederaan luaran kepada sasaran, teknik Taijutsu
Lembut ini mengakibatkan kecederaan dalam kepada sasarannya. Setiap serangan
mesti mengena kepada sasaran dengan tepat iaitu mengenai titik sistem peredaran
chakura yang membawa chakura kepada tubuh. Titik ini merupakan penghubung kepada
peredaran chakura secara langsung kepada organ-organ dalam tubuh. Apabila
sistem ini dicederakan, organ-organ dalam tubuh juga turut terjejas. Tidak ada
bentuk pertahanan yang mampu menyekat teknik Taijutsu Lembut ini kerana tidak
ada sesiapa yang mampu melatih pertahanan organ dalaman agar lebih kuat. Salah
satu cara yang boleh digunakan untuk menghalangnya hanyakah dengan menghalang
serangan tersebut daripada mengenai tubuh.